Monday, July 9, 2012

Ikan Paus Narwhal

Ikan paus Narwhal atau nama saintifiknya Monodon Monoceros adalah sejenis ikan paus yang sangat unik dan hampir jarang diketahui manusia akan kewujudannya. Mamalia ini hidup di kawasan lautan sejuk seperti Lautan Artik dan sekitar Kutub Utara.

Dalam bahasa Norse Kuno Narwhal bererti "paus mayat" kerana ia kadang-kadang berenang dengan perutnya yang mengadap ke atas. Keadaan ini apabila dilihat seakan-akan pelayar yang tenggelam.



Narwhal adalah ikan paus bergigi yang tergolong dalam kategori karnivor. Ia memakan ikan-ikan kecil, udang dan haiwan laut lain yang kecil.


Disinilah wujudnya mitos kuda Unicorn iaitu kuda bertanduk. Ini kerana pada zaman dahulu pedagang Viking menjual tanduk ikan paus ini tapi tidak memberi tahu dari mana mereka perolehinya. Lalu terhasillah mitos Unicorn.


Monday, September 26, 2011

Islam Dan Politik


"JANGAN PANDANG DARI SUDUT POLITIK"

Aku tak paham kenapa bila kita berdiskusi berkenaan Islam dalam isu politik ada segelintir orang yang tidak dapat menerimanya. Apakah Islam itu hanya tertakluk kepada amal ibadah semata-mata? Perkara inilah yang harus kita perbetulkan di dalam minda masyarakat kita yang rata-ratanya beragama Islam.


Majunya zaman Kesultanan Melayu Melaka kerana Islam.

Zaman Ke-Sultanan Melayu Melaka sewaktu ketika dahulu sangat gah dimata dunia kerana menggunakan sistem pentadbiran dan perundangan cara Islam. Sehinggalah Melaka dijajah oleh Portugis dan akhir sekali British. Penjajah menyekat kedaulatan Sultan-sultan Melayu dimana intitusi ke-Sultanan hanya berkuasa untuk perkara-perkara yang berkaitan Islam seperti amal ibadah sahaja. Kemudian penjajah membawa masuk secara perlahan-lahan undang-undang Yahudi berupa common law. Undang-undang itu diguna pakai sehingga ke hari ini.


Penjajah Yahudi bertanggungjawab membawa masuk sistem perundangan mereka.

Kebanyakkan dari kita telah di kawal mindanya dan imannya oleh penjajah dengan mengatakan bahawa Islam itu tidak boleh dicampur adukkan dengan politik. Lihatlah semua para pembaca bertapa liciknya kaum penjajah Yahudi yang dari dulu sehingga kini amat mencemburui kehebatan ketamadunan Islam yang jauh melangkaui dari ketamadunan mereka.


Bila disebut pasal politik adakah ini yang akan keluar dari minda anda?

Apa maksud politik? Apa yang anda faham berkenaan politik? Pernah tidak anda memahami maksud politik itu? Mungkin bila kita berkata pasal politik dalam minda kita akan membayangkan simbol "Dacing", "Bulan Warna Putih", "Roket", "Dua Keris Warna Merah" dan sebagainya. Betul tidak? Ya, aku yakin pasti kalau aku bertanya akan perihal berkenaan politik pasti anda akan berfikiran begitu. Kerana aku juga sewaktu ketika dahulu sama sahaja.

Islam itu adalah Al-Din. Ianya suatu cara sistem hidup yang lengkap. Terangkum di dalamnya erti kata membenarkan dengan perkataan atau mengakui keEsaan Pencipta, mempercayai dan meyakini Pencipta serta apa yang disampaikannya dengan penuh kerelaan, keikhlasan, kesungguhan dan mempraktikkan segala suruhan dan menjauhi segala laranganNya.


Islam is THE WAY OF LIFE!

Islam adalah suatu cara hidup (the way of life) yang mencakupi seluruh keperluan manusia. Paham tidak? Ia wajib diterima seluruhnya dan tidak boleh dipecah-pecahkan secara berasingan dengan menerima sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. Dalam Islam terkandungnya aspek ekonomi, politik, perundangan, pentadbiran, pendidikan, ketenteraan, sains dan teknologi malah semua ruang lingkup manusia diatur oleh Islam sebagai Al-Din.


Rasulullah s.a.w juga menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya:

"Adalah Bani Israel, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi mangkat nabi yang lain datang menggantikannya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah." [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Di dalam al-Quran ada menyentuh perihal politik. Kalau tiada bagaimana tamadun Islam sewaktu ketika dahulu sangat gah sehingga melahirkan ramai intelektual dan pemerintah yang hebat-hebat diantaranya Khalifah Umar r.a. Sehingga bangsa Yahudi sendiri mengkaji al-Quran dan datang mempelajari sistem pentadbiran dari orang Islam sewaktu zaman kegelapan Eropah sewaktu ketika dahulu.

Jadi aku seru kepada orang-orang yang suka mengatakan "Jangan politikkan Islam" dan "Jangan pandang Islam dari sudut politik" supaya berhenti memfitnah Islam dan mulakan dengan membaca dan mengkaji tentang sejarah ketamadunan Islam sebelum berkata-kata.


***************************

P/s: Aku akan terus berdakwah dan berdakwah demi memuliakan martabat Islam dan menegakkan syiar Islam di bumi Allah s.w.t ini. Ini kerana dalam soal agama Islam aku tidak pernah main-main. InsyaAllah.



Mari Mengenali Orang Munafik


Setiap umat Islam wajib berpegang kepada rukun Iman selain dari rukun Islam. Dari segi bahasa iman bermaksud "Tasdiq atau Kepercayaan" dan dari segi istilahnya pula Iman bermaksud "Membenarkan dalam hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota badan". Rukun iman ada 6 perkara iaitu:
1) Percaya kepada Allah s.w.t.
2) Percaya kepada Malaikat.
3) Percaya kepada Kitab-kitab.
4) Percaya kepada Rasul-rasul.
5) Percaya kepada hari Kiamat.
6) Percaya kepada Qada' dan Qadar.
Iman seperti mana yang digambarkan dalam al-Quran adalah suatu hakikat yang tidak terpisah dari realiti kehidupan manusia. Ia bukan semata-mata perasaan atau sesuatu yang tersembunyi dalam jiwa sahaja, tetapi ianya tidak terpisah dengan semua kegiatan hidup manusia, terjelma dalam setiap lapangan dan bidang kehidupan manusia.


***************************

Apakah perkara yang boleh menghancurkan Islam? Perkara yang boleh menghancurkan Islam ada 3 perkara iaitu:
1) Tergelincirnya orang-orang alim (menyembunyikan perkara yang benar).
2) Orang munafik mempertikaikan hukum Islam.
3) Hukum dan fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin menyesatkan umat Islam.

Sila take note perkara nombor 2 itu. Orang munafik itu bukanlah orang kafir tapi sebenarnya orang Islam itu sendiri yang mengakui dirinya Islam tetapi menidakkan serta berusaha untuk menghalang syariat dan syiar Islam dari tertegak di bumi Allah ini.


**Sila Baca**

Apabila orang itu (malas nak sebut nama) menidakkan hukum yang ditetapkan oleh Maha Pencipta Sekalian Alam dengan mengatakan ianya tidak sesuai maka jatuhlah imannya (percaya kepada Kitab-kitab). Jatuh imannya maka munafiklah ia dan tempat bagi golongan orang-orang yang munafik ini adalah neraka jahanam paling bawah sekali.

Jadi aku ingin berpesan kepada saudara-saudara se-agama denganku, jangan pernah sesekali meragui hukum-hukum Islam kerana ianya akan menjatuhkan iman kita dan akan menyebabkan kita berada dalam golongan orang-orang yang munafik seterusnya dihumbankan Allah s.w.t ke dalam neraka paling bawah sekali. Nauzubillah...

P/s: Selamanya aku tidak akan menyokong pemimpin dari golongan orang-orang yang munafik.



Saturday, September 24, 2011

Elakkan Semangat Asabiyah!


Apa itu semangat Asabiyah? Semangat Asabiyah adalah merujuk kepada sikap berpuak-buak dan membanggakan bangsanya lebih dari bangsa orang lain. Perkara ini dilarang keras oleh Allah s.w.t dalam firmannya berbunyi:

"Dan berpeganglah kamu semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (pada masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu nikmat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk" (Ali-'Imran [3:103])

Aku sebenarnya dah mula bosan dengan semangat Asabiyah yang semakin lama semakin menular di dalam negara ini. Ye, sangat-sangat bosan. Tapi siapalah aku untuk menasihati orang-orang sebegini. Adakah mereka mahu mendengar? Mungkin ada ya dan ada tidak. Semuanya mahu memenangkan bangsa masing-masing.

Ada kawan-kawan aku juga sama mempunyai semangat Asabiyah. Bila cakap pasal komunis yang wujud di minda mereka adalah bangsa Cina. Bila cakap pasal pejuang kemerdekaan pula yang wujud dekat minda mereka adalah bangsa Melayu. Bukankah itu semangat Asabiyah?

P/s: Komunis bukan semuanya berbangsa Cina dan pejuang kemerdekaan bukan semuanya berbangsa Melayu.